Followers

AFB.MY

A MONTH WITH HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM

Friday, October 26, 2018


A MONTH WITH HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM | Assalamualaikum Hai uols. Masih ingat lagi korang dengan produk Hansaegee ni yang pernah aku review tempoh hari ? So hari ni dah plus minus sebulan aku gunakan product tu dan sedihnya product pun dah habis 1 bekas walaupun cuba berjimat sedaya upaya sebab sayang sangat kalau habis.


Feedback aku untuk sebekas ni memang best sangat tau. Aku lebih suka apply time malam malam, bangun pagi esok tu rasa muka lembab dan lembut. At first pakai memang rasa macam tak selesa sebab aku terapply banyak sangat dan tak sempat meresap lagi aku dah tidur. Hehehe.

Jangan tiru aksi ini okay. Lepas dah tahu tu, aku kurang kan sikit kuantiti apply tu, tapi still double dari kuantiti apply pada waktu siang. Lepas tu massage lama sikit sampai betul betul meresap baru boleh tidur tau.


So far aku pakai product ni sangat memuaskan. Siang dengan malam aku lebih prefer apply time malam untuk aku, sebab kulit muka aku cepat berminyak dan kalau siang aku aktif kesana kesini, muka cepat berpeluh. Tapi bila apply malam, hasil dia kebabom sangat lepas bangun esoknya tu, Muka jadi moist dan lembab. Bangun-bangun tidur tu terus rasa lembut. 

Ingat aku cakap dulu muka aku tengah sunburn kan? nak recover sunburn tu sangat susah pada aku sebab aku jenis suka main panas, baru nak hilang burn ni, burn tu yang datang. Tapi yang best nya bila petang kena panas, muka konfem jadi merah dan panas kan, malam terus apply Hansaegee Nature buat sebagai sleeping mask.  Esok bangun merah2 dekat muka dah tak ada, kena jaga sikit lah jangan terdedah sangat dengan panas lepas tu. 

Then hari tu aku ada pergi Hatyai, panas dia Ya Ampun. Lepas balik hotel sebelum tidur terus tepek Hansaegee Moisturizer ni tebal-tebal. Dan effect lagi best sebab kat bilik hotel kan aircond, Lagi meresap dalam kulit dan tak melekit langsung. Bangun pagi rasa taknak cuci muka 😂😂. 
Biasa kalau pakai dekat hostel kan kipas, Perlis pulak tu panas, rasa la melekit sikit, tapi biila kena dengan aircond, serius lembab dan tak melekit langsung dan rasa lembab dia sekata dan lembut. 

BEAUTY REVIEW: HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM


Untuk first review boleh baca dekat sini. Kat sini ada pasal texture dia, How to apply, apa yang paling suprise dalam product ni, kena baca dekat entry atas ni tau. 

Produk ni best sangat tapi sayang nya dah habis dan kena sambung lain. Sob3. Kena cepat2 beli ni baru kulit muka lembut kan. Sekarang tengah nak datang penyakit perempuan dan strees overload, memang jerawat membiak biak. So, kena lebih jaga pemakanan sekarang. Kena jaga skincare jugak. Jadi kena cari skincare yang betul2 elok untuk muka. Yang betul2 dipercayai bahan-bahan yang digunakan.


Lepas dah habis 1 bekas ni, rasa nak repeat lagi beli 1 next bekas. Nak beli kat mana? Tak perlu susah susah cari kedai merata tempat. Online je. Semua dihujung jari kan sekarang. Kalau beli dekat website dah confirm confirm dah dipercayai kan. So boleh beli dekat website bawah ni. Klik gambar atau ada link kat bawah ni tau. 


Link Hansaegee Beauty: https://hansaegee.com/shop/


Company name: Hansaegee Nature

Website: www.hansaegee.com/shop

IG Page: https://www.instagram.com/HansaegeeNature/

FB Page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature/

Youtube Page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Follow us on instagram