Followers

AFB.MY

PENGALAMAN INTERVIEW BUAT KALI PERTAMA

Wednesday, November 14, 2018



Assalamualikum.

Memandangkan aku dah nak internship, dah merata rata tempat internship yang aku mintak. Masih tak ada respond. Alhamdulillah setakat ni ada 1 company yang terima tapi belum dapat offer letter lagi. Jadi sabar menunggu. Harap ada rezeki, ameen.

Ok, cakap pasal interview, let me tell you guys yang akan internship di tahun akhir pembelajaran korang dalam Degree ni, aku nak pesan nak cari internship degree level tak sama macam diploma level tau. Atau pun, nak cari internship sekarang tak semudah dulu. Sebab dulu aku dari diploma dan aku pernah apply internship untuk diploma dan pernah internship. Time tu nak mintak mudah je, sebab pos je resume tak lama nanti dia call kalau ada kekosongan yang dia nak pakai. Dan aku rasa dalam 2 3 company jugak masa tu aku dapat. (zaman dulu pos je resume walaupun dah wujud email. 3 tahun lepas okay)

Tapi bila nak apply internship untuk degree level, kebanyakan nya memang dia akan panggil interview, especially company besar dan ternama. Yes, nak recruit you kerja, confirm dia akan tengok dan nilai you punya personality and IQ right?

Dan, dipanggil interview tak semestinya you diterima ya. Dia akan nilai you among the candidate dan memang dia akan buat banyak shortlisted process yang mana akan pilih beberapa orang yang berkebolehan untuk memenuhi requirement sahaja. Kat sini memang akan frust banyak lah kan.

Interview tak semestinya kena face to face, ada yang melalui panggilan telefon, skype dan direct face to face. Dan kebanyakan nya dia akan mintak you datang company dia untuk interview.

For my first interview aku dekat Terengganu, satu company L.E.D, aku pergi tu memang tak expect yang akan ada test bagai sebab ni kali pertama aku pergi interview. Then sebab interview intertnship so aku ingat dia nak tanya benda2 biasa lah kan. But then bila aku dah sampai dia suruh ambil exam dulu. Memang aku sorang je masa tu. Exam pulak pasal basic electric electronic, memang bukan bidang aku walaupun aku pernah ambil basic electrik kan. Lagi satu memang aku tak minat sangat subject ni, so aku memang tak boleh jawab lah cerita dia.

Ada 3 bahagian test, 1 bahagian company, apa yang kita tahu pasal company tu, apa dia buat, pernah dapat award apa, bahagian 2 soalan IQ test, yang ni memnag tak tahu betul salah sebab IQ test kan, bahagian 3 overall pasal elektrik circuit macam tu. Part ni memang aku tak boleh jawab. Then lepas habis masa menjawab, actually dia tak ambil masa sangat, bila kita dah siap, bagitahu dia, dan dia akan datang lah ambil kertas soalan kita.

Lepas tu sesi kedua, interview dengan orang atasan, aku dibawa ke bilik meeting dan ada sseorang engineer dekat situ dan sorang staff yang handle internship. Dia suruh kenalkan diri, then dia tengok portfolio aku, dia tanya lah bab bab portfolio tu, lepas tu dia berminat pasal injection moulding, dia suruh aku explain sebab dia nak guna untuk buat produk sendiri. Aku explain lah satu satu.

Lepas tu dia cakap company dia more to electric, the aku punya course more to design. dia suruh aku buat keputusan sebab dia risau kalau dia recruit aku dekat situ buta buta 6 bulan, buat benda yang aku tak belajar, buat benda yang lari dari bidang aku. So bincang-bincang, aku decide untuk cari tempat internship lain yang lebih kena dengan pembelajaran.

Itu lah pengalaman aku interview untuk kali pertama. Lepas ni aku update lagi pasal interview buat kali kedua dan dengan cara yang berlainan. Pesan aku, cuba dulu pergi interview walaupun kita tak mengharapkan pekerjaan tu ataupun kita tak yakin, sebab dengan interview, kita akan kumpul pengalaman dan memudahkan kita untuk membiasakan diri bila nak interview kerja nanti.

Ruang menunggu....

You Might Also Like

2 comments

  1. best sebenarnya bila pergi interview ni. kita dapat jumpa ramai orang yang macam-macam perangai haha. bagus Leyla banyak belajar dari interview. lepas ni more to come kan. who knows.

    tak kisah la kita tahu or tak pasal tu masa interviewer tanya, yang penting kita confident. haritu diorang siap tnya akak the great wall of China tu berapa tinggi. adudu berapa tinggi pun takta

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. pengalaman mcm ni bukan nak tgk kita hebat lepas dalam interview, tpi untuk kita biasa kan diri dengan benda2 mcm tu. dalam bnyk company tu, cara lain2. expectation lain2. so kena bnyk ambil pengalaman kan

      Delete

Like us on Facebook

Follow us on instagram