Followers

AFB.MY

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner Review

Friday, December 28, 2018



Assalamualaikum hai.

Hari ni nak cerita pasal Aiken Tea Tree Oil Toner. Tapi jangan terkejut sebab review ni tidak lah seperti review sebelum ni tapi lebih kepada pengalaman aku pakai toner ni pada kulit muka aku sendiri. Sebab? Teruskan membaca.

Pertama sekali, kulit aku jenis oily dan senang sangat jerawat nak membiak. Dekat muka aku jenis banyak jerawat kecil-kecil macam whitehead tu. Tapi tak keluar apa-apa. Macam sebum terkumpul dan tak keluar. Bila aku dah start picit, silap picit sikit memang terus membesar dan jadi jerawat yang sakit tu.

Sekarang muka aku getting worse dan jerawat tak surut-surut lepas tension fyp dulu. Lepas tu tangan pulak jenis tak boleh duduk diam. Makin membiak lah jerawat kat muka kala kita suka usik-usik kan.

Aku sebenarnya tersalah ambil toner, sebenarnya nak beli toner simple, tapi tak tahu kenapa aku ambil toner Aiken sebab aku ambil Aiken teatree oil untuk jerawat tu. Balik rumah baru perasan salah ambil toner. Aku pun jadi fikir kenapa aku ambil yang ni.

Then tak apa lah aku try. Bila pakai muka aku jadi berminyak. At first pakai muka jadi kering dan best tapi lepas 3 4 jam, dia jadi minyak yang lebih banyak dari sebelum tu. Aku ada tengok satu video ni dekat youtube yang dia kata kalau muka oily kena avoid dari penggunaan toner yang ada acid, fragrance dan alcohol. So tengok ingredient dia kalau ada sebarang ingredient yang ada acid jangan pakai dulu. Bila aku cek, haah memang toner ni ada acid. Saliclyc acid. No wonder lah jadi makin berminyak.

Dan bila makin berminyak, jerawat pun cepat lah membiak. Tambah pulak dengan aku selalu make up untuk ke butik, pori tak dibersihkan dengan elok. Terus jerawat makin membiak.

Bau dia pun aku rasa terlalu kuat dan menyakitkan bau dia. Macam acid tu kuat sangat bau. Bila pakai je muka jadi terus menegang dan kering. Macam absorb habis minyak-minyak dekat muka. Ni bila letak dekat muka aku lah, muka korang tak tahu macam mana.

Aku tak kata toner ni tak elok tau. Depend kepada jenis kulit korang. Kalau kulit jenis berminyak aku sarankan untuk tak guna dulu produk ni. Cuba cari toner yang tak mengandungi sebarang acid. Tapi untuk yang jenis kulit kering, boleh lah guna produk ni.


Ni ingredient yang ada dalam Aiken toner ni. Sepatutnya dia bagus untuk kulit jerawat tapi tak elok pulak untuk kulit aku. Tengok dia ada fragrance walaupun tak ada alchohol. Tapi sebenarnya ingredient dia dah sangat bagus dah. Maybe tak kena dengan kulit berminyak macam aku ni.

Sebab tu aku kata review ni tak sama macam review lain yang menyokong 100% produk yang digunakan tapi aku cakap base on mengalaman dan effect bila aku guna dekat muka aku. Bukan dekat muka orang lain tau.

Nak cari produk yang elok ni susah tau kena try and error. Yang tak elok dengan kulit muka kita tak semestinya take elok dekat kulit muka orang lain. Bergantung pada keadaan kulit muka masing-masing,

Okay.  itu je review kali ni. Next time aku ajar macam mane nak tengok ingredient yang elok ke tak dalam sesuatu produk. Hingga kita berjumpa lagi. bye korang. Assalamualaikum.

You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Follow us on instagram