Followers

AFB.MY

BEST CAKE EVER IN PERLIS | TFF CAFE

Wednesday, December 12, 2018

Tak tahu kenapa lately aku craving sangat nak makan kek. Mungkin sebab seminggu lepas aku buat vege challenge dan aku banyak cut gula dalam seharian. Ataupun penyakit mengada datang tiba-tiba, nak kek lah nak apa.

Aku ada makan dengan kawan-kawan dekat Hannah Cafe dan makan kek jugak 1 slice red velvet. Sedap sebab moist dan bagi aku sedap.

Lepas tu aku ada buat status craving kek dan kawan aku tengok, dia ajak lepak dan ajak makan kek sebab dia kata "kan lela craving kek, jom kita pegi Secret Recipe" Aaaaaaa terharunya kawan macam ni. 😭😭😭 Rasa nak nangis terus.

Then jumpa kat Kangar, tapi aku cakap tak nak SR, jom try Tff Cafe sebab dah lama aku usha cafe ni sebab penuh dengan kek. Teringin dah lama nak cuba. Ajommmmm


Kami order Basque burnt cheesecake RM10, Nutella red velvet mile creepe RM9, Aglio olio RM10 dan Cheesy meatball RM9.

Rasa dia ya ampunnnn sedap sangat sampai tahan nak nangis. Eh, semua nak nangis kau ni. Tapi sumpah sedap, bagi aku lagi sedap dari SR, rasa fresh, moist, cheese, cream semua perfect. Sebab kalau SR aku rasa Choc Indulgence and New York Cheesecake je yang sedap, yang lain biasa-biasa je. Tapi dekat sini, dua kek ni aku try dan sangat tak mengecewakan. Kenapa baru sekarang aku nak rasa kek sini. Dah nak habis belajar baru tahu ada port kek sedap dekat Perlis ni.


Kek dia tebal dan tak kecewa lah walaupun harga dia agak pricey nak banding dengan SR dalam 7 8 ringgit 1 slice kan. Aku boleh bagi 5 bintang untuk kek ni.



See, takkan tak craving kalau macam ni rupa kek nya.. Boleh follow Tff cafe. Banyak lagi makanan lain. konsep dia semua dah pack dalam bekas microwave, nak makan, dia panaskan dalam microwave je, so memang tak tunggu masa lama. Dalam 3-5 minit dah siap. Sini banyak cookies, kek, dan western food macam pasta, chicken mangga, chicken grilled macam tu lah.


Thanks belanja kita kek yaa. Semoga sentiasa murah rezeki dan yang penting semoga perancangan nak kahwin berjalan dengan lancar. Dah jadi tunang orang dah kawan aku ni. Semoga sentiasa bahagia dengan yang tersayang. Kahwin jangan lupa jemput pulak!

You Might Also Like

1 comments

  1. Ohh lapar lah tengok kek! Best lepak kafe cuma bab harga tu lah kena hadap sikit. Hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram