Followers

AFB.MY

REVIEW MISTERI DILAILA | MOVIE

Tuesday, February 26, 2019

Assalamualaikum. Hi.

Cerita yang tengah hot sekarang yang diwar-warkan penuh kejutan dengan plot twist nya dan pelakon hot Zul Ariffin dan Elizabeth Tan. Ok. Ni review jujur daripada aku yang jenis tak minat cerita seram. Tapi tengok sebab roomate aku suka sangat cerita seram. Then teman lah. Kita give and take la sebab time aku nak tengok action moview dia layan je.

Okay, cerita ni aku bagi rate 8/10 bagi penggemar movie seram. Banyak plot twist yang aku kadang pikir, Jeff tu gila ke ? Jeff tu maybe isteri dia mati dan tak leh move on sebab tu rasa isteri dia hidup lagi? Ke Jeff tu selama ni kawen dengan hantu? Banyak lagi lah plot twist dia. Tapi at last semua tu salah.

Berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Jefri bersama isteri dia balik ke rumah peninggalan keluarga isteri nya di Fraser Hill. Tapi mencetuskan pergaduhan suami isteri bila Jeffri keluar dengan rakan niaga nya tidak seperti yang dijanjikan Jeff untuk menghabiskan masa berdua bersama isteri.

Pergaduhan mencetuskan kehilangan isteri Jeff dan kehadiran seseorang yanyang mengaku dirinya sebagai isteri Jeffri. Penipuan itu dipercayai oleh tok imam dan inspektor polis dan jugak adik kepada isteri Jeff. Jeff seperti hilang akal untuk membuktikan yang itu bukan isterinya.

Okay lepas tu korang kena tengok sendiri. Tak suspen la kalau aku cerita semua. Tapi kalau korang paham kenapa hantu tu wujud, boleh cerita dekat aku. Sebab aku tak tahu hantu tu nak apa. Tapi hantu tu bapak la kau dah kenapa sergah2 org. Macam menghantui terok sangat. Bagi akj tak real la sebab asyik duk sergah macam tu kan. Memang la seram dan terkejut. Tapi aku tak suka part yang macam tu.Hahahaha

Seperti yang korang tahu, ending cerita nj ada dua. Dan aku baru tengok versi 1. Jalan cerita tetap sama. Cuma hampir2 nak last tu je ending dia lain. So korang kena tengon dua2 baru puas hati. Sini ada info untuk korang rujuk wayang mana yang ada ending mana. Korang pilih la nak ending yang mana ok.







You Might Also Like

2 comments

  1. alahai ~ pandai sungguh marketing diaorang ni.. maksudnye kena masuk 2 kali la kan untuk tengok version 1 dengan 2..

    https://nuruljournals.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah pandai no. rmai yg g wayang tgk versi lain. tpi donlod je lah hehe. sebab cerita sama ja. ending ja lain

      Delete

Like us on Facebook

Follow us on instagram