Followers

AFB.MY

i'm starting a businesses

Saturday, March 30, 2019

Hi alls.

Seperti yang selalu tertulis dekat wishlist tahunan aku, akan ada satu pasal nak start business kan. Yes i did! Tapi kecil kecilan dekat universiti, jual nasi lemak, sandwish, dadih, sagu gula melaka just nak tampung duit poket.

Bila dah habis belajar, rasa menyesal tak buat awal-awal dengan serius. Sebab bila kalau dekat universiti, kita ramai kawan yang dekat-dekat, ramai yang kita boleh jual by hand kan. Bila dah jauh macam susah sikit nak promote dan postage bagai kan.

Tapi masih belum terlambat lagi orang kata. Kenapa aku pilih business? Sebab makan gaji bulan-bulan mana cukup nak hidup kat luar dan kena tunggu hujung bulan then awal bulan dah habis. So better kita buat dua-dua. Makan gaji dan business.

Aku buat business palazzo. Palazzo kedut, plain dengan belang. Macam dalam gambar kat bawah. Agak laju sale dia sebab murah sangat. RM25/RM26. Target market makcik-makcik dekat kampung yang nak pakai seluar tapi taknak yang ketat-ketat kan. Nak yang loose-loose je. Nak pergi membawang boleh pakai vogue sikit kan. Nak pergi potong bawang rumah orang kenduri sambil membawang, lebih nak kan keselesaan instead dari pakai kain batik kan nanti terlondeh depan orang nak gerak sana sini pun susah.

Target market jugak dekat golongan muda yang nak melaram versi ayu tapi still boleh bergaya. Dan aku pun sekarang nak keluar memang pakai palazzo dah jarang pakai skinny jeans sebab palazzo sangat selesa dan tak sendat sana sini.




Palazzo macam kat atas ni harga range RM25-RM27. Selesa sangat bila pakai. Budak-budak sekolah pun ramai yang beli. Nak buat jalan-jalan kat kampung kan. Nak bawak keluar shopping pun still on. Aku pakai sendiri kat bawah ni pun still onz je nak pergi mana-mana tau.




Ada macam-macam warna tapi tak sempat nak berOOTD sebab tak ada proper photographer. So ada sape-sape yang sudi jadi photographer tak berbayar saya?

Kepada siapa yang nak mulakan business, please mulakan sekarang. Tak ada yang terlambat. Nak jadi agent atau dropship aku pun sangat dialu-alukan. Whatsapp je no ni. 0194295733. I will help u yang penting rajin dan istiqomah nak berniaga. Pelajar-pelajar uni yang nak buat duit tepi sangat digalakkan.



You Might Also Like

7 comments

  1. semakin murah rezeki bisnes berkembang maju =D

    ReplyDelete
  2. u better start early my dear friend, sekurangnya dapat timba banyak pengalaman turun naik, yes duit is a bonus . kipidap !

    ReplyDelete
  3. Kagum dgn usaha & kerajinan Aswaleyla. Semoga berjaya dear! :D

    ReplyDelete
  4. wow tahniah ye semoga terus sukses

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram